Wednesday 30 August 2017

Eid Al Adha


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI & KORBAN!!



Bersama sama lah kita ambil iktibar dari Kisah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S, bagaimana teguhnya iman seorang ayah yang taat pada perintah Allah swt apabila beliau disuruh menyembelihkan anak yang sekian lama beliau nantikan itu..


Dan bagaimana teguhnya iman seorang anak kepada Nabi Ibrahim A.S itu apabila beliau mahu menyempurnakan perintah Allah swt kepada ayahnya.. malah meminta untuk disegerakan penyembelihan tu supaya dia tidak rasa sakit..


Lalu Allah swt menggantikan Nabi Ismail dengan seekor Kibas dari perliharaan Habil anak kepada Nabi Adam A.S.


Dan Selamat Mengerjakan Haji kepada mereka yang sedang berada di Tanah Suci. Semoga diberikan Haji yang Mambrur..

Amin ya rabbal alamin.



Bookmark and Share

Ke Arah Masyarakat berMentaliti Tinggi.



BAGAIMANA UNTUK MENJADI MANUSIA YANG LEBIH BERAKHLAK DAN BERMORAL DI DALAM MASYARAKAT?

++++++++++++++++*+*+*+*+*+*+*+*++++++++++++++++++++

Peraturan awam, etika sosial, dan kehidupan yang tak tertulis yang semua orang patut tahu dan praktikkan. Nak jadi masyarakat mental kelas pertama kan? Nak jadi orang yang lebih beradab kan? Nak jadikan 🇲🇾 sebuah negara yang mana rakyatnya boleh dibanggakan terutama bila di luar negara kan? Good behavior begins at home. 🇲🇾 is our HOME so you have to know what to do! Jom baca apa saya dah kumpulkan dan sedang amalkan!



1. Bila naik eskalator, jika anda tak bergerak tolong berdiri di kiri untuk beri laluan pada yang berjalan di kanan atau vice versa. Peka terhadap keadaan sekeliling, depan belakang ada orang atas eskalator kan.


2. Bila mengunyah makanan tolong tutup mulut. Takda orang nak dengar kita "chap chep chap chep".


3. Bila sedang pesan makanan/minuman di kaunter jangan gunakan telefon baik untuk cek Instagram/FB/Twitter mahupun bertelefon. Ini membuang masa pelayan dan orang lain di belakang anda.


4. Tak nak orang bercakap dengan kamu bila dalam tren atau bas? Gunakan earphones atau headphones. Kita pun kalau nampak orang guna dua benda ini tak payah kita kacau mereka.


5. Bersopan, jangan kurang ajar terhadap pelayan yang menulis/mengambil pesanan makanan anda. Ya kadang-kadang pelayan pun tak beradab tapi kita tak perlu ikut sama.


6. Bila sedang berjalan di kaki lima atau di tengah-tengah mall yang ramai orang mohon jangan tiba-tiba berhenti dan menghalang laluan orang lain. Nak berhenti berborak atau cari kedai juga bergeraklah ke tepi/dinding.


7. Bila nak naik tren, bas, atau lif/elevator, TUNGGU SEMUA ORANG KELUAR DULU kemudian barulah kita masuk. Ingat ini! Okay dah ingat ke belum?


8. Bila naik bas/tren seorang diri gunalah satu tempat duduk saja. Beg, barangan, atau kaki anda tak perlukan tempat duduk satu lagi. Satu lagi bila kamu bawa beg galas besar, pusingkan dan pakai di depan sebab sebenarnya kalau galas di belakang akan makan ruang. Ini juga boleh elakkan beg kamu tak diseluk oleh penyeluk saku.


9. Bila waktu tidur/malam di hostel, di rumah di tingkat atas rumah orang lain, atau tempat seumpamanya, tolong senyap. Tak perlu hentak kaki kuat-kuat, tak perlu hempas pintu, tak perlu bercakap dengan kuat, tak perlu main lagu kuat-kuat.


10. Lepas guna tandas tolong FLUSH! Kalau geli nak guna tangan sediakan tisu untuk tarik pemegang flush. Ramai pelancong asing yang datang ke Malaysia kata tandas kita kotor. Takda alasan untuk tak flush melainkan takda air. Lagi satu, sebagai orang Islam jaga kebersihan itu kan wajib!


11. Beri ruang peribadi atau personal space bila di ATM atau tempat seumpamanya! This is very important. Tak perlu sampai tinjau-tinjau sampai letak dagu kat bahu orang depan yang tak dikenali! Bila anda boleh nampak skrin di depan anda ketika orang masih menggunakan mesin maksudnya anda terlalu rapat dan telah memasuki ruang peribadi mereka! Ingat ini! Dan janganlah terlau lama gunakan ATM terutama bila barisan panjang di belakang. Tolong bertimbang rasa sikit. Kalau orang lain buat semua di atas kat kamu maka tegur dan suarakan permintaan kamu dengan sopan contohnya "boleh tak awak bagi saya sedikit ruang? Terima kasih." Tak susah pun kan? Tak perlu takut untuk buka mulut bila kita bersopan.


12. Tak jadi beli barang yang dah diambil di pasaraya? Letak balik barang di tempat asal!! Janganlah malas sangat. Hidup ini jangan nak menyusahkan orang lain saja.


13. Buang gula getah dalam tong sampah, bukan atas jalan atau lekat di kerusi atau dinding! Kamu suka tak terpijak atau terpegang gula getah bekas mulut orang lain? Tak kan?


14. Hold the door(HODOR). Tak salah bila tolong bukakan dan pegangkan pintu untuk orang lain. Bila orang lain buat untuk kita pula kita ucap apa? Ucap terima kasih!


15. Troli di pasaraya lepas guna sorongkan ke tempat khas nya, bukan tinggalkan macam tu saja lebih lagi di tempat letak kereta. Kamu suka tak bila orang lain tinggalkan troli di tempat kamu boleh letak kereta kamu atau di tengah-tengah jalan? Tak kan? Jadi janganlah buat. Troli takda fungsi autopilot.


16. Speaking of which, bila orang lain tengah tunggu kita untuk ambil tempat parking kita, cepat-cepatlah bergerak. Nak makan nasi lemak ke apa ke buat kat tempat lain bukan dalam kereta waktu orang lain tengah tunggu.


17. Bila batuk atau bersin terutama di tempat awam tolong tutup mulut guna tangan, sapu tangan, atau tisu! Takda siapa nak tadah muka untuk semburan kuman percuma dari kamu.
18. Bila restoran atau kafe dah nak tutup pertimbangkan untuk ke restoran atau kafe lain. Bertimbang rasa sikit.


19. Bila restoran letak papan tanda "kemas meja sendiri" maka kemaslah. Awat malas sangat? Tak patah tangan bila tolong memudahkan kerja orang lain. Lagipun dah ditulis kan. Unless you don't know how to read atau takda tangan then I'm sorry. 🙏🏻 Kalaupun tak disuruh kemas sendiri itu bukan tiket untuk kamu makin buat sepah di meja. Tindihkan lah pinggan sendiri lepas makan, kemudian lap makanan/minuman yang tumpah.


20. Bila kawan tunjuk satu gambar di phone mereka tak payah kamu swipe kiri atau kanan melainkan mereka nak kamu buat phone mereka macam phone kamu sendiri.


21. Elakkan menyampuk atau potong cakap orang lain. Bila berbual biar orang lain habis cakap baru kamu balas. Tak salah kalau dengar dulu. Bila bersama orang lain tolonglah letak phone. Tak sopan bila orang sedang bercakap dengan kita tapi kita sibuk tengok phone.


22. Bila kamu tanya soalan dan nasihat dari orang lain dan selepas dia jawab pertanyaan kamu, ucaplah terima kasih. Jangan diam saja selepas diberikan pertolongan.


23. No means no. Jangan paksa orang lain untuk kata ya atau tidak bila mereka tak mahu.


24. Bila tumpang kereta kawan bagilah duit minyak terutama bila kita buat kereta kawan macam teksi. Walau mereka tak minta kamu patut tahu sendiri!


25. Nak berborak panjang dan kuat pasal hal duniawi? Pergi lepak kat luar, bukan berborak dalam panggung wayang, perpustakaan, atau masjid sampai mengganggu ketenteraman orang lain. Kadang-kadang borak dan ketawa kuat-kuat dalam tren atau bas pun boleh mengganggu ketenteraman orang lain jadi berpada-padalah.


26. Bila berjalan dengan kawan-kawan lebih dari 3 orang tolonglah jangan "conquer" satu jalan melainkan jalan itu bapa kamu atau kamu punya(which usually is not).
27. Janji pukul 8 pagi maka pukul 8 pagi lah. Kamu ingat seronok tunggu orang lama-lama? Nama pun janji.


28. Melainkan mereka tak mahu, bila dalam bas atau tren bagilah tempat duduk anda pada yang lebih memerlukan. Jangan buat-buat tak nampak, buat bodoh, atau tunggu orang lain buat baru nak buat.


29. Dah pinjam duit orang bayarlah balik. Nama pun pinjam.


30. 3 magic words: Please, thank you, I'm sorry(tolong, terima kasih, saya minta maaf). Gunakan selalu!


31. Bila orang lain beri laluan trafik pada anda tolong angkat tangan tanda terima kasih!


32. Bila pandu kereta perlahan pandu di lorong perlahan. Jangan memotong dari lorong yang tak sepatutnya. Pandu ikut had laju atau aliran trafik.


33. Bila berlaku kemalangan tak perlu nak lihat sampai jam teruk jalan. Saya tahu ramai suka tengok drama di Malaysia tapi di jalanraya? Tak perlu berhenti tengok melainkan kamu yang terlibat atau kamu polis, ambulans dan/atau paramedik.


34. Jangan potong barisan terutama bila di jalanraya. Sakit hati tak bila orang lain potong barisan kamu? Jadi janganlah buat. Tunggu dengan sabar! Potong barisan boleh buat jam tambah teruk tahu tak? Your bad driving is the reason traffic jams exist!


35. High beam kereta tak perlu dinyalakan pada waktu malam bila memandu di jalanraya/lebuhraya yang sibuk. Silau kot. Silau boleh sebabkan kemalangan. Kalau lengang atau gelap gelita takda kereta lain baru nyalakan. Berhemahlah dan ingat pengguna jalanraya lain.


36. Merokok di tempat yang disediakan, bukan ke muka atau ruang peribadi orang lain. Tapi paling baik sekali ialah berhenti merokok terus.


37. Bila orang lain suarakan pendapat dan kamu tak setuju dengan pendapat dia maka bagi pendapat kamu TANPA SERANG INDIVIDU itu sampai ke tahap peribadi, rupa dia, aurat dia. Nak berdakwah atau beri nasihat pun perlu BERADAB. Tak payah guna kata-kata kesat. Kamu pun belum tentu dapat masuk syurga. This happens a lot. Please stop.


38. Bila orang lain dah tulis panjang-panjang dalam artikel/caption, bacalah. Jangan baca tajuk saja. Bila tak jumpa jawapan dari penulisan atau tak faham barulah tanya. Inilah masanya untuk tunjuk yang kamu rajin membaca.



I love my people, I love Malaysia, and I want all of us to change our mindset, change our behavior in public places, change the way we interact with each other without unnecessarily attacking each other. Let's work together to better ourselves and our country!
Saya tak perfect. Saya bukan acah-acah baik tapi kita semua boleh buat baik pada diri sendiri, orang lain, dan tempat awam ✌🏼
Salam merdeka ke-60. ❤️🇲🇾


✍️ Copy From Hadhinah Felice




Bookmark and Share

Thursday 15 June 2017

Resume Design.

Assalamualaikum.


Hai korang.

Maaf, lama benar tak update website ni.
Kebusyan dan kemalasan melampau lampau laa kan.
plus, takde idea nak update ape.

But for now, segala job paperprops saya dah tutup.
Tak laku dah kot.. dan sekarang saya nak concentrate pada job design Resume.


Dibawah ini saya sampilkan beberapa design design Resume yang saya dah designkan.


Jika korang berminat, boleh email terus Resume korang ke email saya
kedinkyst87@gmail.com
Nanti saya akan reply untuk minta bayaran sebanyak RM15 (per design)


Bila siap, saya akan inform dan send files dalam bentuk PDF, JPEG.

Pape usha dulu laa ni. hehehe.. dalam proses nak banyakkan lagi design template ni.

Sample 1

Sample 2

Sample 3

Sample 4

Sample 5

Sample 6

Bookmark and Share

Tuesday 25 April 2017

Friday 31 March 2017

Thank You Cousin!

ASSALAMUALAIKUM WBT!


Hokeh..
Cousin saya, pernah request untuk buat Props under Company dia. Dia nak Theme something like Blockbuster.. so saya suggestkan Theme Movie la kan..
Then, dia nak request Big Size, aroung size A3.
Gigih la Sis siapkan order.. walaupun kiraan awal untuk mounting board tu tak cukup. hehehe

Ok Sis belajar la kan sebab tak pernah amek order untuk size A3 sebanyak Set punya, Satu set ada 10, 2 set dia nak kene buat la 20 pieces. hahahaha
So, inilah hasilnya!



Seronok sis bila customer suka kan..

tak lama lepastu, cousin sis wasap lagi.


Sis pon ON laaa kan. ehehe Mujur dia request 2 minggu awal.. dan order kalini tak sebanyak yang lepas.. ok


Ni oder dia nak tu.. design semua dari dia sis just enlarge size A3 dan print.
Gigih jugak tau nak potong bahagian kepala tu.. kinting kinting..


Korang nak order untuk event korang, PM kat pages sis ok!
Nah link kat sini..








Bookmark and Share

Click on me, please!